DietScoreTMAplikasi Diet Pemakanan dan Latihan untuk Atlit Elit dan Individu Aktif

DietScore adalah satu aplikasi dalam platform telfon mudah alih dan telefon pintar yang berdasarkan nutrisi untuk kegunaan atlit elit dana individu aktif.  
Ia mengandungi perekodan profil atlit untuk sukan yang berbeza, kemasukan data bagi pemakanan harian, cadangan pemakanan untuk hari mendatang, analisis penting bagi setiap 3 hari, infografik bagi pemakanan dan latihan, pengkalan data bagi makanan berkomposisi rakyat Malaysia, notifikasi, pencapaian dan kedudukan pengguna secara atas talian.

Idea untuk penghasilan DietScoreTM untuk aplikasi mobil tercetus hasil kesinambungan kejayaaan aplikasi berdasarkan web NutriSportex yang diketuai oleh Prof Madya Dr Nik Shanita Safii dengan kolaborasi bersama En Iazham Mohd mewakili Institut Sukan Negara (ISN) Malaysia
Kajian ini dibantuk oleh beberapa pensyarah lain seperti Prof Poh (FSK UKM) Dr Effendy(FTSM), Pembantu penyelidik, En Abdul Hadi dan lain-lain.

GaleriDietScoreTM

Kaedah Penggunaan

1. PILIH PROFIL SUKAN

- Atlis memasukkan profil seperti jenis sukan, berat dan tinggi, jadual latihan harian dan lain-lain. Atlit perlu mengemaskini berat badan dan musim (pertandingan, luar musim)

2. PILIH MAKANAN

Atlit mencatatkan pemakanan harian bagi sarapan, makan tengahari, makan petang, makan malam dan snek yang diambil.

3. LIHAT ANALISIS

DietScore akan membuat analisis untuk pemakanan hari berkenaan dan hari sebelumnya dan mencadangkan menu untuk esok.

4. RANGKAIAN MAKANAN

DietScore memaparkan tips dan info berkenaan diet untuk penambahbaikan prestasi atlit.

View full menu

Kolaborasi Penyelidik

Fakulti Sains Kesihatan UKM

Pensyarah nutrisi dan ICT berpengalaman

Pm Dr Nik Shanita Safii (Ketua Penyelidik), Prof Poh, Dr Effendy, Abdul Hadi

Jabatan Prestasi Tinggi Atlit,Institut Sukan Negara

Pegawai pemakanan Institut Sukan Negara

En Izham Mohd.

Universiti Pertahanan National Malaysia

Pensyarah Nutrisi

Pn Azimah

Hubungi kami DietScoreTM

Anda boleh menghubungi kami melalui email aplikasi DietScoreTm di admin@dietscore.org

Address:
UKM, Jalan Raja Abdul Aziz, Kuala Lumpur, Malaysia

603 888-8888